Wednesday, February 1, 2017

What if...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru baru ini seringkali kita mendengar bahawa kes bot karam, di lautan yang telah mengorbankan nyawa. Bukan sahaja bot pelancong, malahan bot pendatang asing tanpa izin pun turut karam dilanda ribut yang memang sekarng ini dalah musimnya. Kalau dulu dulu musim tengkujuh adalah pada bulan november hingga disember tetapi sekarang pada bulan januari masih lagi musim tengkujuh. Saya tak pernah melalui bot karam, syukur alhamdulillah, tapi suasana pada waktu itu mesti sangat kalut dan bantuan yang segera diperlukan samada untuk yang masih hidup atau untuk pengesanan mayat yang terkesan dari kesan tersebut. 
Tapi pada minggu lepas, satu senario telah berlaku dan ini saya lalui. Seorang mangsa lemas di laut china selatan di kawasan sabah, kemudian Search and Rescue telah dikerahkan untuk mencari mangsa yang hilang. Di kawasan tersebut. Apa yang saya lihat di kaca tv apabila bot dan helikopter dikerahkan untuk memulakan misi pencarian. Helikopter akan terbang di kawasan pencarian dan mencari tanda tanda yang boleh menjadi klue kepada pencarian mereka. Manakala bot mencari klue di permukaan air. Pencarian tersebut memakan masa 2 hari, maafkan saya kalau saya tersilap, dan mangsa tidak dapat ditemui. 

Dan dengan izin Allah, pada hari ketiga, mayat mangsa ditemui terdampar di tepi pantai beberapa kilometer dari tempat pertama mangsa dipercayai hilang. Pada waktu ini, operasi sudah dikira tamat kerana mangsa ditemui dan kes ditutup. Alhamdulillah.

Tetapi apa yang dapat kita lihat di sini adalah bagaimana kita boleh mencari cara bagaimana untuk menambah baik operasi Search and Rescue? 

Dari segi apa yang perlu kita lihat?

Kos & Risiko

Ini kerana, operasi Search and Rescue sememangnya memerlukan kos yang agak tinggi dan risiko yang agak tinggi untk memulakan satu satu operasi. Saya bukan pakar penerbangan, mahupun ketua skuadron di dalam operasi Search and Rescue, tetapi dari penglihatan mata saya, kos untuk satu satu penerbangan adalah agak tinggi untuk menampung kos bahan api, servis dan alat ganti. Risiko untuk pesawat terhempas juga menjadi satu risiko paling tinggi ketika dalam penerbangan pesawat. Pesawat yang terhempas ke lautan, terbang di atas air adalah lebih merbahaya kepada krew penerbangan kerana mereka perlu untuk keluar secepat mungkin dari pesawat apabila pesawat terhempas ke dalam air kerana kesan graviti akan menyebabkan pesawat cepat dimasuki air dan terus tenggelam ke lautan. 

Keletihan

Bukan itu sahaja, penggunaan tenaga manusia samada pilot atau co pilot dan juga pembantu pencari akan lama kelamaan berasa keletihan kerana asyik menggunakan fokus yang tinggi untuk menjejak kesan kesan yang boleh dijadikan sebagai klue kepada pencarian tersebut. Faktor kecuaian titik fokus juga adalah satu faktor yang boleh menyumbang kepada peratus penemuan berkurangan.

Kelengkapan

Penggunaan helikopter mahupun kapal terbang menggunakan pencari melihat dari tepi tingkap pesawat juga menyebabkan penglihatan terlindung iaitu di bahagian bawah pesawat. Ini akan mengurangkan lagi peratus penemuan dalam pencarian tersebut. Untuk menambah satu alat kamera di bahagian bawah yang boleh dipasang di bawah pesawat juga sudah ada ditawarkan di pasaran tetapi ianya masih memerlukan kos untuk pemasangan.

Cuasa

Cuaca juga menjadi satu faktor untuk satu satu operasi itu dapat dijalankan. Seperti contoh, jika kejadian berlaku pada waktu siang, cuaca yang baik, maka operasi SAR dari udara dapat dijalankan dengan segera. Tetapi jika cuaca tidak mengizinkan pada waktu kejadian, maka operasi perlu ditangguhkan sementara. Ini akan mengurangkan peratus peluang mangsa yang terselamat. Dan andaikata cuaca pada itu baik, SAR dijalankan, tetapi jika selepas 1 jam cuaca tidak mengizinkan, maka pesawat perlu berpatah balik.

Glare (Pantulan dari air)

Apabila satu pencarian di lautan di jalankan, saya pernah juga membaca satu journal di mana, jika satu kamera udara diletakkan secara bersudut dan menghadap ke bawah, maka satu pantulan dari air akan menyebabkan kesan silau terjadi kepada penglihatan. Ini akan berlaku samada kepada kamera atau mata pencari (penggunaan teropong atau tanpa penggunaan teropong). Maka satu pencarian secara bersudut mempunyai kelemahannya sendiri.

Tiada rakaman.

Dan apabila penggunaan tenaga manusia digunakan, maka tiada rakaman yang boleh ditonton semula. Ianya hanya berlalu di memori dan dicatatkan. 



Cadangan Penyelesaian:

Pada masa ini sudah ada teknologi drone yang boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti untuk industri dan sektor awam. Penggunaan drone juga sangat meluas bermula pada sekitar 2014 yang melihat kepada peningkatan penggunaan drone di peringkat masyarakat awam. 

Drone dilihat sebagai satu platform canggih yang boleh diaplikasikan kepada pelbagai aplikasi seperti contoh untuk membantu Search and Rescue. 

Bagaimanakah ianya dapat membantu?

Drone yang akan kita kupas pada kali ini adalah drone yang sesuai kepada misi Search and Rescue di lautan atau persisiran pantai. Oleh kerana angin yang sentiasa agak sederhana kencang di keseluruhan kawasan bermula di pantai sehingga ke lautan, maka ianya sangat sesuai kepada drone yang berbentuk burung yang mempunyai kepak yang panjang seperti burung helang mahupun bangau laut. 
Oleh itu kita akan memilih untuk penggunaan drone bercirikan sayap kapal terbang berkemungkinan satu sky surfer 1.4 meter wingspan boleh digunakan sebagai platform ini. kenapa saya bagitahu begini, ini kerana, untuk drone bersayap panjang seperti ini, ianya akan mampu untuk meluncur di udara selama beberapa jam kerana penggunaan yang kurang kepada penggunaan motor. Ianya hanya akan meluncur dengan menggunakan aliran angin yang sememangnya ada di lautan atau pun pantai.



Drone ini boleh dikawal secara manual ataupun secara automatik dengan menggunakan ArduPilot Mega 2.6 atau pun PixHawk yang boleh didapati dari ArduPlane. Penggunaan Flight Controller seperti APM2.6 ataupun PixHawk boleh digunakan oleh pengguna untuk penerbangan.  Pengguna boleh memasukkan Flight Plan ke dalam drone tersebut dan drone tersebut akan terus terbang mengikut flight plan yang ditetapkan. Flight plan ini sangatlah mudah untuk dimasukkan hanya memerlukan beberapa minit untuk dimuat naik kepada drone!.





Untuk pemantauan, drone ini memerlukan kamera yang ditetapkan untuk menghala ke bawah. Kenapa ianya menghala ke bawah? Cuba tuan tuan bayangkan, bagaimanakah caranya untuk kita mencari satu guli kuning di dalam jutaan guli merah? Pastinya dengan melihat dari atas dan memandang ke bawah! 

Adakah kita memerlukan kamera yang berolusi tinggi? Tidak semestinya. Oleh kerana untuk satu satu drone, ketinggian yang dibenarkan adalah pada ketinggian 400 kaki. Oleh itu ketinggian sebanyak 50 meter dari aras tanah ataupun lebih tepat 164.042 kaki adalah cukup untuk operasi ini. Kenapa? Sebab di lautan tiada objek yang tinggi, manakala di persisiran pantai juga tiada pokok yang tinggi tinggi. Di persisiran pantai hanya pasir.

Penggunaan drone juga adalah pantas dan tidak mengira masa. Samada mendung, angin kuat dan merbahaya, drone boleh ditugaskan untuk menjalankan operasi Search and Rescue. Apa yang penting adalah untuk menyelamatkan dan drone ini akan bertindak.

Adakah berat melebihi 20 kg? Semestinya tidak. Untuk satu satu drone yang menggunakan skysurfer rc, flight controller, bateri, pemancar video, ianya tidak lebih daripada 2 kilogram. Maka ianya boleh diterbangkan tanpa memerlukan lesen penerbangan uav yang dikehendaki oleh Jabatan Penerbangan Awam.



Penggunaan Sky surfer yang menggunakan polisterin mampat juga selamat jika satu perlanggaran dengan pesawat udara berlaku kerana ianya akan berkecai serta merta. Satu perkara yang kita sememangnya tidak mahu ini berlaku. Worst worst condition. 

Rakaman juga boleh dimuat turun dari kamera video tersebut kepada sistem DVR Rakaman. Dengan adanya sistem rakaman ini, bukan sahaja ianya memudahkan pencari untuk mencari dari paparan skrin tetapi juga ianya boleh ditonton semula berulang kali. Bagaimana jika drone perlu mengulangi laluan? Mudah sahaja, masukkan flight plan ke dalam drone dan setkan laluan yang diperlukan. Kos yang agak rendah serendah RM100 diperlukan iaitu penggunaan bateri Lithium Polimer (LiPO) yang sememangnya digunakan untuk kapal terbang seperti ini.

Jika drone ini terhempas di lautan atau pun di mana mana nahas, ianya adalah masih di bawah kos rendah. Dibawah RM1000. Kos ini boleh dikatakan sebagai masih rendah kerana jika dibandingkan dengan risiko pesawat terhempas yang juga boleh menyebabkan risiko kemalangan jiwa dan kerugian kehilangan juruterbang berpengalaman.



Peralatan peralatan drone ini sememangnya adalah perlu diimport hampir keseluruhan dari negara luar. Tetapi ianya tiada masalah kerana ianya bukan lah di gunakan untuk aktiviti ketenteraan tetapi lebih kepada penggunaan untuk kebaikan. Tiada apa apa rakaman dibuat oleh drone di pesawat kerana rakaman di rakam dari darat. 

Tiada penggunaan ground station canggih, ianya cuma memerlukan sebuah laptop, dan sebuah monitor DVR yang selalu dipasang di kereta secara DIY, dan operasi boleh dijalankan. 

Untuk kesan yang lebih baik, penggunaan lebih dari satu drone akan dapat meningkatkan pencarian kepada kawasan lebih cepat. Bayangkan satu drone diterbangkan ke tengah lautan, manakala dua lagi drone di terbangkan ke kiri dan kanan persisiran pantai. Dengan 1 pilot in command bersama 3 pemantau di skrin akan mempercepatkan carian tersebut.

Maka dari penggunaan drone ini, ianya boleh memudahkan jabatan jabatan lain untuk membantu secara pantas seperti JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia), BOMBA, dan sebagainya.

#Droneforgood
zihadmahmud