Saturday, September 19, 2015

Di manakah Malaysia pada 2015 di bidang aeroangkasa?

Assalamualaikum wbt, Pada 2015, pada ketika blog ini ditulis ialah pada 20 september 2015, seringkali tertanya, di manakah Malaysia pada tika ini di bidang aeroangkasa? Jika diselak pada sejarah aeroangkasa di Malaysia, kita sememangnya terkenal dengan end-user bagi sesetengah jabatan kerajaan atau pun swasta. Apa tidaknya, jika syarikat swasta, mereka hanya menjadi orang tengah kepada penjualan alatan aeroangkasa dari luar negara. Seperti contoh, Gunt adalah sebuah syarikat yang terkenal dengan pembuatan alatan pembelajaran, dan mereka juga adalah pengeluar kepada mesin pembelajaran aeroangkasa seperti gas turbine. Apabila kita memerlukan alatan seperti ini, orang tengah akan bertindak untuk menjadi orang ketiga dalam pembelian dan mengambil untung dari segi pembelian tetapi akhirnya kepadakaran untuk penyelenggaraan menjadi kucar kacir. Apa tidaknya, pembuat adalah dari luar negara, tetapi, end user, trouble shooter adalah orang tengah yang sememangnya mengambil untung dan tidak mengambil kira berkenaan perkara perkara selepas seperti maintenance dan sebagainya dan sememangnya tidak pakar berkneaan dengan perkara itu. Seterusnya menyusahkan pengguna/ pembeli. Mesin rosak, tidak tahu memperbaiki dan tidak tahu kemana. Malaysia juga tidak pernah untuk cuba mereka bentuk, atau menjadi pengeluar kepada manned aircraft. Boeing dan Airbus adalah syarikat swasta yang disandarkan kepada kerajaan untuk penjualan dan sepatutnya Malaysia juga harus bertindak sedemikian demi merancakkan industri aeroangkasa di Malaysia. Ucapan tahniah harus diucapkan kepada syarikat swasta seperti sapura defence, ctrm, yang mewujudkan unmanned aircraft dan penjualan ke serata dunia, tetapi jangan dilupakan manned aircraft. Saya sebagai seorang jurutera lepasan USM berharap pada suatu hari nanti, MALAYSIA akan mengorak langkah menjadi pengeluar kapal terbang ternama di dunia. wassalam